MAKLUMAT AM
Maklumat Program
Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Dijalankan secara sepenuh masa dan secara semester. Tempoh setiap semester adalah 4 bulan.
Apakan menariknya program ini?
-
Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan
-
Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan
-
Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan
-
Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan
-
Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak
-
Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran
Kursus Tawaran di bawah SKK (T)
- Sijil Pengoperasian Perniagaan
- Sijil Pelancongan Dan Pengembaraan
Syarat Kemasukan:
- Warganegara MALAYSIA
- LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV) atau setara dengan
- Kepujian 1 mata pelajaran
Tempoh Pengajian:
Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian adalah selama 16 bulan (mencukupi 60 jam kredit).
Bantuan Kewangan
Pelajar Kolej Komuniti yang mengambil sijil sepenuh masa SKK (T) atau SKK (M) dalam mana-mana bidang yang ditawarkan boleh memohon bantuan kewangan samada melalui Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP). Pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu untuk membuat permohonan. Pelajar yang berkelayakan hanya boleh membuat satu sahaja permohonan bantuan kewangan iaitu samada melalui TPP atau BKPKK pada satu sesi pengajian. Sila rujuk maklumat berkaitan TPP dan BKPKK untuk maklumat lanjut.
TPP
Pemohon layak memohon Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) mengikut syarat yang ditetapkan.
Objektif bantuan:
- Tabung Pinjaman Pelajaran Kementerian Pengajian Tinggi merupakan satu Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Kewangan 1957.
- Pinjaman ini diberikan kepada pelajar kolej komuniti sebagai langkah untuk membantu pelajar melanjutkan pengajian di peringkat separa profesional yang akan dapat meningkatkan kemahiran hidup mereka dan seterusnya memberi peluang kepada mereka menceburi bidang ekonomi dengan lebih berkesan.
Golongan sasaran:
Pelajar Kolej Komuniti di peringkat sijil dan diploma.
Syarat-syarat:
- Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
- TPP diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);
- Pelajar disyaratkan menandatangai perjanjian tetapi tiada syarat kontrak berkhidmat dengan kerajaan;
- Pelajar perlu mengemukakan seorang penjamin;
- Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja yang lain; dan
- Pelajar perlu membayar balik pinjaman selepas 6 bulan tamat belajar.
Kaedah Permohonan:
Pelajar baru atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing. Pertanyaan lanjut sila berhubung dengan penyelaras biasiswa Kolej Komuniti Kuala Langat.
CARA PERMOHONAN
Cara Permohonan
Permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti dibuka sepanjang tahun melalui laman web:
- http://upu.mohe.gov.my/web/
Pembeliaan no. unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) :
(Jika calon telah membeli no. unik id tetapi telah hilang no. tersebut anda perlu membeli semula)
Lepasan SPM/SKM/Setaraf : RM10.60
Lepasan STPM/Setaraf : RM15.60
2. Permohonan secara 'walk in' di Kolej Komuniti:
Datang ke Kolej Komuniti berdekatan dengan membawa salinan kad pengenalan serta salinan keputusan SPM