Senarai Nota

TUJUAN

  • Garis Panduan, Dasar dan Peraturan Penerbitan ini disediakan dengan tujuan untuk membantu Jawatankuasa Penerbitan KKKL dan Penerbit  KKKL menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya dengan berkesan dan cekap dalam usaha membangun dan memajukan bidang penerbitan akademik, Kolej Komuniti Kuala Langat.  Di samping itu, garis panduan ini diharapkan dapat memberi maklumat yang lebih jelas kepada pihak yang berminat untuk menerbitkan hasil karya mereka dengan Penerbit KKKL.

OBJEKTIF DASAR PENERBITAN KKKL

Antara objektif Garis Panduan, Dasar dan Peraturan Penerbitan KKKL adalah seperti berikut: 

  • Untuk meningkatkan penerbitan buku dan bahan terbitan ilmiah dalam bahasa Melayu, B. Inggeris dan B. Arab dari segi kualiti dan kuantiti.
  • Untuk meningkatkan penerbitan buku dan bahan terbitan  ilmiah dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab dari segi kualiti dan kuantiti.
  • Memartabatkan kecemerlangan  ilmu dalam bentuk penerbitan buku-buku ilmiah.
  • Menjadikan Penerbit KKKL sebagai Penerbit yang cemerlang dan disegani dalam penerbitan buku-buku ilmiah.
  • Menawarkan khidmat profesional penerbitan seperti penyuntingan, grafik, atur huruf dan juga mengurus penerbitan untuk warga KKKL dan pelanggan  di luar KKKL.
  • Beroperasi sebagai sebuah pusat  tanggungjawab yang turut menjana pendapatan daripada penjualan buku dan produk lain.
  • Meningkatkan penerbitan buku secara web-based (e-pub).
  • Meningkatkan promosi buku-buku terbitan KKKL di dalam dan luar negara.
  • Meningkatkan jalinan kerjasama dengan penerbit-penerbit luar di dalam dan luar negara, dalam bentuk penjualan hak cipta atau kerjasama penerbitan dalam penerbitan buku sama ada fizikal atau e-pub.
  • Meningkatkan pengurusan pemasaran yang efektif dan efisien termasuk pembelian buku secara atas talian (online bookstore).
  • Beroperasi sebagai sebuah pusat tanggungjawab yang turut menjana pendapatan daripada penjualan buku dan perkhidmatan lain.