PERHUBUNGAN DALAM GERAK KERJA KAUNSELING
Oleh:
CR Ahmad Bin Saidi.
Kolej Komuniti Kuala Langat, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
Proses gerak kerja dalam sesuatu sesi kaunseling banyak membantu menjayakan sesuatu isu kaunseling yang melibatkan antara kaunselor dan Klien. Menurut Gelso dan Carter (1985), Kotler, Sexton dan W hishton (1994) menyatakan the successful outcome of any caunseling effort depands on a working alliance between counselor and client. Daripada penyataan ini menunjukkan bahawa kerjasama antara kedua-dua pihak iaitu pihak kaunselor dan klien sentiasa dituntut untuk memberikan impak positif kepada kejayaan sesuatu isu yang diketengahkan dalam proses kaunseling.
Titik permulaan yang memberikan gambaran awal terhadap kejayaan proses kaunseling ialah melalui tahap pertama dalam proses kaunseling iaitu membina perhubungan. Menurut Charkhuff dan Anthony (1979) the involment and exploration phases of helping should occur at this time. Kedatangan klien pada pertama kali sudah pasti membawa bersamanya prinsip diri, nilai diri perasaanya kekangan dan halangan pemikiran dan perasaan klien seringkali menuntut agar kaunselor bijak untuk menjalin dan membina perhubungan yang mesra antara kaunselor dan klien.
Matlamat utama dalam sesi membina hubungan ini ialah untuk klien meletakkan tahap kepercayaan yang tinggi pada kaunselor , menurut Kottler, Sexton dan W histon (1994), dalam perhubungan terdapat perkara-perkara asas yang perlu difokuskan, antaranya ialah membina perhubungan merupakan satu kaedah pertama dalam melakukan perubahan pada diri klien. Perhubungan yang baik mempunyai kejayaan yang tersirat untuk dicapai. Pehubungan ini meletakkan kaunselor mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam menyediakan pelan alternatif terhadap pemasalahan klien. Dalam perhubungan ini juga maka kaunselor perlu mengaplikasikan segala teknik dan strategi dalam membantu klien dalam mencapai kesejahteraan dalam kehidupannya.